img img img img

Kluster Ekonomi

Teras 2

Meningkatkan daya saing ekonomi melalui pendigitalan

Strategi ini bertujuan untuk mempercepat penerimagunaan digital, memperkasa pengawasan digital serta membentuk pelbagai nilai ditambah dan model perniagaan yang baharu. Apabila berlakunya transformasi ekonomi dan integrase ekosistem digital, perniagaan yang menguasai teknologi dan dibangunkan berasaskan ekonomi digital akan mencipta nilai dan berkembang maju.

Ia memastikan industri di Malaysia dipacu oleh idea dan model perniagaan yang inovatif dengan pertumbuhan ekonomi diteraju oleh jaguh tempatan yang memberi tumpuan kepada produktiviti dan menambah baik kehidupan. Ini akan melahirkan pemain industri baharu untuk menjadikan ekonomi lebih rancak dan inovatif.

Globalisasi dan perubahan dalam keutamaan pengguna telah meningkatkan keperluan dan jangkaan terhadap pendigitalan. Adalah diunjurkan sebanyak 60% hingga 70% nilai baharu akan dihasilkan melalui platform dengan keupayaan digital pada dekad akan datang. Ini akan menjadikan ekonomi digital sebagai satu revolusi ekonomi. Malaysia secara konsisten berusaha untuk menjadi ekonomi berasaskan inovasi. Ini telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-2 dalam kalangan negara ASEAN berdasarkan laporan WEF Global Competitiveness 2019. Selain itu, Malaysia berada pada kedudukan ke-5 dalam Kesediaan Digital dalam kalangan negara di Asia berdasarkan UNCTAD’s Business-to-Customer (B2C) eCommerce Index 2018.

Walau bagaimanapun, penerimagunaan digital dalam kalangan industri masih berada pada peringkat permulaan dengan pembangunan perindustrian menunjukkan kemajuan yang perlahan dan kurang menonjol berbanding negara jiran. Ini perlu ditangani untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan mampan.