img img img img

Kluster Kerajaan

Teras 1

Memacu transformasi digital sektor awam

Transformasi sektor awam untuk menjadi kerajaan digital  akan dicapai dengan memanfaatkan teknologi, data dan kecerdasan digital, meningkatkan set kemahiran digital penjawat awam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam talian.

Transformasi ini membolehkan Kerajaan menerima guna teknologi digital dan menggunakan data untuk memodenkan sektor awam, seterusnya menerima pakai pendekatan berpaksikan rakyat. Dengan kepimpinan yang kukuh dalam memacu transformasi digital, Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk menjadi lebih tangkas dan proaktif serta beralih kepada digital sepenuhnya, dipacu oleh data dan didorong oleh keperluan rakyat.

Kerajaan perlu seiring dengan transformasi digital pada peringkat global. Cabaran yang dihadapi bukan hanya untuk memperkenalkan teknologi digital kepada pentadbiran awam, tetapi juga mengintegrasikan penggunaannya ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan lebih baik.

Kerajaan telah melabur dalam teknologi dan peralatan digital, dan memperkenalkan pelan nasional untuk memoden dan melonjakkan ekonomi digital. Meskipun terdapat inisiatif ini, namun kadar penerimagunaan kekal rendah berikutan penggunaan kaedah tradisional. Terdapat keperluan segera untuk mengubah budaya kerja dalam perkhidmatan awam dan mengalakkan penguasaan pemikiran yang mengutamakan digital.