Tujuan Permintaan Maklumat (Request for Information – RFI) ini adalah untuk mendapatkan cadangan teknikal dan komersial peringkat tinggi untuk menjalankan projek dan maklumat mengenai latar belakang syarikat yang berkaitan dengan pengalaman dalam membangunkan laporan semakan mengenai program jangka panjang berskala besar negara. Pengeluaran RFI ini tidak membentuk komitmen untuk mengeluarkan permintaan untuk tawaran/cadangan, menganugerahkan kontrak, atau membayar sebarang kos yang ditanggung dalam penyediaan respons kepada RFI ini.