img img img img

SCMO

Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik (Strategic Change Management Office atau SCMO) ditubuhkan sebagai special purpose vehicle bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM). SCMO bertanggungjawab melaksanakan pengurusan perubahan di peringkat nasional yang memfokuskan pada penyusunan rancangan dan inisiatif strategik bagi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RETDM) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara (D4N).

Selain itu, SCMO memantau kemajuan dan menilai prestasi pelaksanaan serta hasil keseluruhan agenda ekonomi digital dan 4IR; selain melaksanakan tugas sebagai sekretariat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) yang disokong oleh sekretariat di peringkat kluster.